Balaci And Balocker

cat-fight

When I was in high school, I stayed in hostel for 5 years. It was really fun surviving our teenage years with friends. By doing everything on our own, we became so independent (or so I thought haha). So, bila dah duduk asrama, jumpalah banyak sangat ragam budak2 aspuri ni. Banyak ragam ni bagus. It makes our hostel life interesting, right? Haha. Ada budak yang nerd, budak yang alim or kaki surau, budak yang garang, budak yang gila2, budak yang ngada2, budak yang gedik etc. Tapi yang paling penting, and I think kumpulan ni memang wujud kat mana2 asrama sekalipun, BUDAK YANG SUKA MENGADU.

Bila sebut suka mengadu ni, tak kisahlah mengadu kat siapa, kat warden ke, kat exco ke, kat guru ke, or geng kawan2 yang lain ke.. Yang penting, mengadu. Kebiasaannya, budak-budak yang suka mengadu ni juga adalah budak-budak yang suka ‘kiss-ass’ warden atau exco. Haha. Kami dulu ada gelaran untuk budak2 yang mcm ni. Actually, we had too many nicknames for these people, but these two are what I remember the most.

 BALACI (laci as in ‘drawer’)

 Senang cerita, sama mcm kepochi la. Kepoh. Semua nak ngadu. Nampak budak tak turun prep, sibuk mengadu kat exco or kat warden. Ada gaduh sikit dengan geng kawan2 lain, sibuk nk bagitau sana sini. Kadang tu, bagitau kat orang yang takda kena mengena pun. Saja nk buat modal sembang kot? Tapi paling panas kalau mengadu terus ke warden and warden panggil pulak budak tu, kena pulak hukum. Biasanya kalau dah tahap mcm ni, balaci akan dicari sampai ke lubang cacing. Bila dah dapat, siaplah kau kena ‘basuh’ ramai2.

 BALOCKER (as in locker la, or almari)

 I heard this term from my seniors when I was in Form 1. Taktau pun wujud term ni. Ingat balaci je. Balocker lagi teruk dari balaci. Balocker ni sudah tentunya mengadu sana sini (mcm balaci), tapi sebab apa lagi teruk? Sebab benda yang dia mengadu tu benda yang tak betul, atau sudah diperbesarkan. Benda kecil mcm semut je, tapi bila sampai kat telinga warden atau exco, dah jadi besar mcm gajah. Senang cerita, buat fitnah. So effect balocker dah tentunya lebih teruk dari balaci. Malas nak tulis. Bayangkan jela sendiri. Kalau nak lagi ngeri, bayangkan kes balocker tu kes aspura (asrama putera/budak lelaki). Ala2 KL Gangster la kot. Haha

 Bila duduk asrama, fenomena puak2 balaci and balocker ni biasa. Memang wujud punyalah, mana-mana asrama pun. Term je yg berbeza. Yelah, budak-budak lagi kan. Zaman jahiliah, as we call it. So, bila ingat2 balik, samada ingat jadi balaci/balocker, atau ingt menjadi mangsa balaci/balocker, mesti ketawa sendiri (yang jadi mangsa balaci/balocker tu mesti teringat time ‘basuh’ ramai2 la tu haha). Sebab mcm kelakar teringat perangai dulu-dulu yang tah hape je. Perangai tak matang.

 Itu zaman sekolah. Zaman jahiliah. Zaman ‘mcm comeeeel jeww’.

 Tapi bila dah masuk alam pekerjaan, dah jadi adult, jumpa lagi balaci/balocker mcm zaman sekolah dulu, taktau apa nak cakap. Takkan nak ‘basuh’ jugak kot? Some of them dah tahap ‘makcik-pakcik’ pun. Masa zaman sekolah, mungkin tak tercapai dek akal kita bahawa perangai2 balaci/balocker ni akan memecah-belahkan orang, sebab mcm dah disebut kat paragraph atas tadi la, perangai tak matang. Tapi kalau dah adult, takkan tak tercapai lagi?

So sebenarnya, nak highlight paragraph yang last tu. 

Pahe dok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s